Sunday, January 1, 2012

Pertahanan Diri

Salah satu mekanisma pertahanan diri ialah dengan melawan secara agresif ketika di dalam situasi getir.

Selain itu anda juga boleh menggunakan pertahanan pasif, antara contoh pertahanan pasif ialah dengan berbaring secara tiba2 bergoyang2 dengan kuat dan dan berpura2 terkena serangan sawan atau kegagal saraf tunjang..

Taktik ini amat berkesan sekiranya sedang bermesyuarat dengan Ahli Lembaga Pengarah, DBKL, MBPJ dan JAS. Practice make perfect.. Terima kasih kerana membaca Blog saya dan selamat Mencuba~~~~~

Thursday, December 29, 2011

Pembohong.

Dato: You bagi la jadi 6 juta.

Aku: x bleh datuk.. Rugi..

Dato: adjust la sum yang x perlu.

Aku: semua perlu datuk.

Dato: Kalau u boleh bagi jadi 6 juta, 200 ribu personal utk you.

Aku: .... X BOLEH DATO!!!

Moral: Untung kompeni pun baru boleh nak cecah 200 ribu, die nak bagi 200 ribu.. Pembohong betul dato Ni.. PEMBOHONG la teww..

Monday, December 19, 2011

Kerja Senggara..

kalau kau baru berjalan, jangan takut berlari, kerana kalau jatuh, pedihnya kurang bila kau jatuh lagi kemudian hari,

kalau kau baru bekerja, kau harus berani, takut di marah nanti kau bodoh sampai mati.

tempat jatuh lagikan di kenang inikan pula tempat belajar...

jangan takut... belajar jatuh.. kalau x jatuh kau x tau rasanya...

Tapi jangan la nak jatuh dari tempat tinggi2.. itu bunuh karier namanya...


learn and adapt learn and adapt learn and adapt learn and adapt learn and adapt learn and adapt learn and adapt........ carry on!

Friday, December 2, 2011

Selamat Hari Lahir

Sejak kecil hari lahir aku selalu disambut sederhana, kadang2 ada sambutan, kadang2 tak ada, oleh demikian telah aku laraskan di hati bahawa menyambut hari lahir adalah perkara yang biasa2 aje. Tak perlu gaduh2 menyiapkan hari lahir.

Muncul pula zaman bercinta, menyambut hari lahir kekasih memang perlu persiapan rapi, agar sifat kejutan dan kemanisanya terserlah, pemilihan hadiah, tempat makan dan aktiviti harus dirancang rapi. Agar ia jadi satu memori indah buat pasangan.

Tetapi,

Hari ini aku belajar sesuatu yang baru tentang menyambut hari lahir, dari sudut lihat yang jauh berbeza.

Hari lahir yang disambut sebenarnya adalah satu hari yang cukup hebat kisah pengisianya, cukup hebat sehingga boleh mengalirkan airmata tanpa perlu kata2 yang manis dan hebat2.

Hari ini aku belajar bahawa,

Hari lahir itu adalah satu catatan sejarah besar buat seorang ibu yang menanggung segala kesakitan dan kepayahan setelah mengandung 9 bulan 10 hari. Hari yang menyakitkan.

Hari lahir itu adalah satu catatan sejarah besar buat seorang ayah yang menanggung resah keselamatan permata dan permaisuri hatinya serta hari dimana seorang ayah akan sibuk seperti tiada hari esok untuk menguruskan segalanya. Hari yang meletihkan.

Dan

Hari lahir itu adalah satu catatan sejarah besar buat sepasang Ibu dan Ayah melihat sesuatu yang sangat indah dalam hidup mereka, Permata hati yang telah memulakan kehidupanya dan berharap dan berjanji akan memberikan yang terbaik untuk bukti cinta mereka itu. Tidak lagi mereka kenag segala kesakitan, tidak lagi mereka perdulikan kepenatan setelah semua selesai ia terus menjadi Hari yang Bahagia. Amat bahagia, Sangat membahagiakan.


Selamat Hari Lahir Puteriku.

Ayah mendoakn Kesejahteraanmu.

Wednesday, November 23, 2011

Bosozoku

Salam Hari Khamis..

Aku terbaca beberapa hari lepas mengenai Bosozoku dan keseriusan pihak Polis Jepun Menangani masalah "Speed Tribe" di jepun. Link masalah jalanraya dan sosial ini juga dipaut kepada istilah mat rempit di Malaysia.


Apa yang menarik ialah pihak jepun berjaya mengurangkan peratusan tinggi Kadar masalah Bosozoku di jepun dengan drastik sekali. Tidak seperti di Malaysia kisah mat rempit semakin hari semakin hangat di pasaran. Menurut En Wikipedia mereka yang terlibat dengan Bosozoku ini berakhir menjadi Yakuza, Jadi kira mereka ni ada karier jugak laaa...


Link Wikipedia : http://en.wikipedia.org/wiki/Bosozoku


Tetapi, yang paling berharga ialah ketika aku mencari cari maklumat mengenai Bosozoku ini di youtube, aku terjumpa satu Klip yang pada aku sangat menarik lagunya.

Lagu Think of England dari The Clarks.

http://youtu.be/jdo5WQvPbOU

Alrite Layan...

Lain Kali tulis Lagi.

Tuesday, February 1, 2011

Hari hari mau...

Marah..

Dunia hari ni di penuhi orang sentiasa marah..

Sangat marah..

Sangat x puas hati..

Hei!! Ini x betul!!

Hoi!! Itu x betul!!

Kenapa harga minyak naik?

Kenapa harga barang makan naik.

Gaji aku 7k++ tau.. x cukup duit..

Memang la x cukup..kau pakai dua kereta. Satu superbike, rumah dua tingkat kredit kad ada 3.. makan nak 3 lauk tiap2 hari.. baju nak berjenama, seluar x mau bundle, rokok kau hisap.. memang la duit x cukup. ADooiiii!

Hari hari marah..!

Apa lah kerajaan naikkan harga barang, ape ada ke yang turun sekarang ni?.. semua memang makin naik.. pandai2 la berbelanja.. hentam sana, hentam sini.. boleh buat perubahan ke..

Duit x cukup..

Tapi bangla keje sapu sampah steady je merantau ke Malaysia keje.. hmmm

Kerja la kuat2 woooiii.. kerja.. bukan main facebook mengutuk orang sana sini..

Hai lah.. berpesan2 lah.. jangn buruk sangka.. x Baik….

Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki. mereka bergembira dengan kehidupan di dunia, padahal kehidupan dunia itu (dibanding dengan) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang sedikit).” (QS. Ar Ra’du : 26)

Thursday, January 27, 2011

Treating Others

Riding in smooth traffic is pleasant if everybody shows their concern about safety and tolerance, however there are always some of the road user does not even bother to care about other user on the road. Do we need to honk everywhere we go to get noticed?

Traveling for work or even for recreation is a serious matter if it’s involving getting into traffic. Holiday seasons always make people rushing to get from spot to spot. The excitements of holiday mood always contribute to reckless driving. This article is not written to preach about tolerance but to just to make us think for a few second about using the road and at the same time to think about our right as road user.

Have you ever ride in a traffic that is steadily flow, you are riding in medium speed and enjoying the ride, suddenly from far left lane a car or even a lorry can just change lane and get into your way without any signal or whatsoever, this is a situation that we face mostly on a daily basis. The action taken by the other vehicle can cause serious damnation of road disaster and bring along a bit of spark of fire in you.

If this happens does being tolerate is enough? Or in other way we can show some nice body language to teach them a lesson, it’s not being about being rude to other but it’s about our precious existence. Driving like a mad cow can cause serious injury!

Patience is a noble behavior, but patience only can’t give you ample or secure zone on the road. It is patience that drove Gandhi all the way but sometimes we need to be aggressive. Standing up to hold our right for the taxes we pay.

How about maybe giving some sign or Body language? The “sign” that shows how bad the manner of the other driver in the other vehicle. Maybe practicing to show our middle finger sometimes can teach a good lesson for others. Well it’s one of the fastest medium to send a very significant message on the run. Life in the fast lane and no cursing needed.

Maybe the reaction will differs from a person to another after reading this very short article, but the reality is, being tolerate all the time will not change how people drive nowadays. There will always some bloody chumps that keep making the wrong move at the wrong time.

So, Be tolerate with Tolerate able rates.=) We can Make a difference,,