Thursday, December 29, 2011

Pembohong.

Dato: You bagi la jadi 6 juta.

Aku: x bleh datuk.. Rugi..

Dato: adjust la sum yang x perlu.

Aku: semua perlu datuk.

Dato: Kalau u boleh bagi jadi 6 juta, 200 ribu personal utk you.

Aku: .... X BOLEH DATO!!!

Moral: Untung kompeni pun baru boleh nak cecah 200 ribu, die nak bagi 200 ribu.. Pembohong betul dato Ni.. PEMBOHONG la teww..

Monday, December 19, 2011

Kerja Senggara..

kalau kau baru berjalan, jangan takut berlari, kerana kalau jatuh, pedihnya kurang bila kau jatuh lagi kemudian hari,

kalau kau baru bekerja, kau harus berani, takut di marah nanti kau bodoh sampai mati.

tempat jatuh lagikan di kenang inikan pula tempat belajar...

jangan takut... belajar jatuh.. kalau x jatuh kau x tau rasanya...

Tapi jangan la nak jatuh dari tempat tinggi2.. itu bunuh karier namanya...


learn and adapt learn and adapt learn and adapt learn and adapt learn and adapt learn and adapt learn and adapt........ carry on!

Friday, December 2, 2011

Selamat Hari Lahir

Sejak kecil hari lahir aku selalu disambut sederhana, kadang2 ada sambutan, kadang2 tak ada, oleh demikian telah aku laraskan di hati bahawa menyambut hari lahir adalah perkara yang biasa2 aje. Tak perlu gaduh2 menyiapkan hari lahir.

Muncul pula zaman bercinta, menyambut hari lahir kekasih memang perlu persiapan rapi, agar sifat kejutan dan kemanisanya terserlah, pemilihan hadiah, tempat makan dan aktiviti harus dirancang rapi. Agar ia jadi satu memori indah buat pasangan.

Tetapi,

Hari ini aku belajar sesuatu yang baru tentang menyambut hari lahir, dari sudut lihat yang jauh berbeza.

Hari lahir yang disambut sebenarnya adalah satu hari yang cukup hebat kisah pengisianya, cukup hebat sehingga boleh mengalirkan airmata tanpa perlu kata2 yang manis dan hebat2.

Hari ini aku belajar bahawa,

Hari lahir itu adalah satu catatan sejarah besar buat seorang ibu yang menanggung segala kesakitan dan kepayahan setelah mengandung 9 bulan 10 hari. Hari yang menyakitkan.

Hari lahir itu adalah satu catatan sejarah besar buat seorang ayah yang menanggung resah keselamatan permata dan permaisuri hatinya serta hari dimana seorang ayah akan sibuk seperti tiada hari esok untuk menguruskan segalanya. Hari yang meletihkan.

Dan

Hari lahir itu adalah satu catatan sejarah besar buat sepasang Ibu dan Ayah melihat sesuatu yang sangat indah dalam hidup mereka, Permata hati yang telah memulakan kehidupanya dan berharap dan berjanji akan memberikan yang terbaik untuk bukti cinta mereka itu. Tidak lagi mereka kenag segala kesakitan, tidak lagi mereka perdulikan kepenatan setelah semua selesai ia terus menjadi Hari yang Bahagia. Amat bahagia, Sangat membahagiakan.


Selamat Hari Lahir Puteriku.

Ayah mendoakn Kesejahteraanmu.