Sunday, October 11, 2009

Hikayat Sebutir Peluru

Malaikat maut bukan kawanku..
Aku bukan pembuunuh sejati,
Penarik picu yang minta aku berlari.
aku x peduli apa aje yang ada di laluan aku,
aku terjah dan pergi,
langgar dan tembusi,
tebuk dan lepasi,
selagi boleh pergi aku akan lari,
sehinggalah aku berhenti aku x peduli..
maaf pada yang ditembusi,
maaf pada yang di sakiti,
maaf pada yang dilukai,
aku hanya sebutir peluru,
peluang aku hanya satu,
sekali seumur hidupku,
ditembak dari muncung panas,
mungkin untuk kawan yang dah jadi hantu...

Adakah aku begitu? Sebab menerima sahaja apa yang orang kata,

TAk Ambil Peduli? Ye ke? Aku Peduli, Cuma tak mahu berbalah atau bertengkar,

Aku cukup tak mahir bertekak, dari dulu sampai sekarang cukup tak pandai,

Kawan – kawan, Sahabat sahabat, Brother2 ku, aku bukan tak peduli, aku Cuma sibuk memikirkan hal diri sendiri.. tak mahu bersemak dengan masalah masalah kecil yang membawa kepada penyakit “Semak Otak”

Kalau ada yang tak puas hati, kita cakap aje, jangan simpan2.. bahaya, nanti tersalah cakap boleh jatuh buat fitnah pulak..

Memerhatikan gerak laku kawan kawan.. aku terfikir.. apa ke benar tiap perkataan yang keluar dari mulut tu mencermin kan hati… hmm x mungkin aku dapat sampai tahap baca hati orang..

JALAN aje terus2...

Semoga hari ini berlalu tenang, x ada susah payah dan x ada yang mahu berdrama dengan aku..


SEBUT PASAL DRAMA, OTOMATIK TERASA DA LA AKU X TENGoK WAYANG… LAMA X BERKHAYAL DENGAN WAYANG…

No comments:

Post a Comment